The Avenger versi Islam

 Bismillah. Sejarah peradaban Islam telah melahirkan barisan panglima perang yang bukan sekadar hebat menghayun pedang, tetapi teguh imannya kepada Allah SWT. Mereka membuktikan janji Tuhan bahawa 'kelompok yang sedikit mampu mengalahkan kelompok yang ramai dengan izin Allah' (Al-Baqarah: 249), di mana setiap kemenangan dicapai bukan kerana keangkuhan kuasa atau ramainya tentera, sebaliknya kerana niat suci menegakkan kalimah Lailahaillallah dan membebaskan manusia daripada kezaliman.


1. Khalid bin Al-Walid (Pedang Allah)

Status: The Undefeated Commander (Tak Pernah Kalah)


Kekuatan Utama: Mobiliti Kavaleri & Psikologi. Beliau pakar memanipulasi formasi musuh dan menyerang dari arah yang tidak masuk akal.


Momen Paling Padu: Perang Yarmuk (636 M).


Khalid memimpin 40,000 tentera Islam menentang 150,000 - 200,000 tentera Rom Byzantine.


Beliau menggunakan pasukan elit berkuda (Mobile Guard) yang bergerak pantas ke sana sini untuk menampung mana-mana barisan yang hampir pecah. Kemenangan ini menamatkan penguasaan Rom di Syam selamanya.


Rekod: 100+ pertempuran, 0 kekalahan. Beliau pernah mematahkan 9 bilah pedang di tangannya dalam Perang Mu'tah.


2. Ali bin Abi Talib (Asadullah - Singa Allah)

Status: The Ultimate Warrior (Pahlawan Individu Terhebat)


Kekuatan Utama: Pertarungan Satu Lawan Satu (Duel) & Kekuatan Fizikal. Ali adalah mimpi ngeri bagi juara-juara musuh. Kebiasaannya, Ali akan membunuh ketua panglima musuh sebelum perang bermula, meruntuhkan moral lawan.


Momen Paling Padu: Perang Khaybar (628 M).


Ketika tentera Islam gagal menembusi benteng Yahudi, Ali mara ke hadapan. Perisainya terlepas dari tangan, lalu beliau mencabut pintu gerbang besi benteng Khaybar dengan tangan kosong dan menjadikannya perisai.


Selepas perang, dikatakan 7-8 orang lelaki cuba mengangkat pintu itu tetapi gagal. Beliau juga membelah pahlawan gergasi Yahudi, Marhab, dengan sekali libasan pedang Zulfiqar.


3. Sultan Muhammad Al-Fatih (Mehmed II)

Status: The Grand Conqueror (Penakluk Agung)


Kekuatan Utama: Inovasi Teknologi & Strategi Luar Kotak. Menggabungkan sains (meriam) dengan ketenteraan.


Momen Paling Padu: Penaklukan Konstantinopel (1453 M).


Kota ini tidak pernah ditembusi selama 1,100 tahun. Apabila rantai besi gergasi menghalang kapal Uthmaniyah masuk ke Teluk Golden Horn, Al-Fatih melakukan perkara mustahil: Mengangkut 70 kapal perang mendaki bukit melalui jalan darat di atas batang kayu berminyak dalam satu malam.


Keesokan paginya, tentera Byzantine bangun dan terkejut melihat kapal musuh sudah berada di "belakang rumah" mereka.


4. Salahuddin Al-Ayyubi (Saladin)

Status: The Strategic Unifier (Penyatu Ummah)


Kekuatan Utama: Pengurusan Logistik & Perang Urat Saraf. Beliau tahu bila perlu menyerang dan bila perlu berundur untuk membiarkan musuh mati kehausan.


Momen Paling Padu: Perang Hattin (1187 M).


Beliau memancing tentera Salib keluar dari kubu kuat mereka ke padang pasir tandus. Beliau membakar rumput kering di sekeliling musuh dan memotong akses ke sumber air (Tasik Tiberias).


Tentera Salib yang lengkap berbaju besi akhirnya tewas kerana kepanasan dan kehausan sebelum sempat bertempur sepenuhnya. Ini membolehkan Jerusalem dibebaskan.


5. Sultan Baibars (Al-Zahir Baibars)

Status: The Mongol Slayer (Pemusnah Monggol)


Kekuatan Utama: Serangan Hendap & Kekejaman Taktikal. Beliau seorang bekas hamba yang naik menjadi Sultan. Gayanya agresif dan tanpa belas kasihan terhadap penceroboh.


Momen Paling Padu: Perang Ain Jalut (1260 M).


Pada masa ini, Monggol dianggap "yakjuj makjuj" yang tidak boleh dikalahkan (mereka sudah memusnahkan Baghdad). Baibars adalah orang pertama yang memecahkan mitos ini.


Beliau menggunakan taktik hit-and-run, memancing kavaleri Monggol masuk ke lembah di mana tentera utama Islam sedang menunggu. Monggol dihancurkan sepenuhnya, menyelamatkan Mekah, Madinah, dan Kaherah dari dimusnahkan.


6. Tariq bin Ziyad

Status: The Fearless (Si Berani Mati)


Kekuatan Utama: Keberanian & Inspirasi. Pakar serangan mengejut (Blitzkrieg) menggunakan infantri ringan.


Momen Paling Padu: Pendaratan di Gibraltar (711 M).


Sebaik mendarat dengan 7,000 tentera untuk menentang 100,000 tentera Visigoth, beliau membakar semua kapal pengangkutan mereka.


Ucapan lagendanya: "Musuh di depan, laut di belakang. Lari bermaksud mati, maju bermaksud menang." Tindakan gila ini memaksa tenteranya bertempur bermati-matian dan berjaya menakluk Sepanyol.


7. Sa’ad bin Abi Waqqas

Status: The First Sniper (Pemanah Ulung)


Kekuatan Utama: Memanah & Strategi Artileri. Orang pertama melepaskan panah dalam jalan Allah.


Momen Paling Padu: Perang Al-Qadisiyyah (636 M).


Perang penentu menentang Empayar Parsi Sassanid yang mempunyai gajah perang. Sa'ad (yang sedang sakit dan memerintah dari atas turgu) mengarahkan tenteranya mensasarkan mata gajah dan memotong tali pelana gajah.


Gajah-gajah itu mengamuk dan memijak tentera Parsi sendiri. Kemenangan ini meruntuhkan Empayar Parsi sepenuhnya.


8. Sultan Alp Arslan

Status: The Lion of the Seljuks (Singa Seljuk)


Kekuatan Utama: Taktik Kavaleri Memanah Turki. Menggunakan formasi bulan sabit (Crescent formation) untuk mengepung.


Momen Paling Padu: Perang Manzikert (1071 M).


Dengan hanya 20,000 - 30,000 tentera, beliau menewaskan Maharaja Rom (Romanos IV Diogenes) yang membawa hampir 100,000 tentera.


Alp Arslan berpura-pura berundur, menyebabkan tentera Rom mengejar dan memecahkan barisan. Kemudian kavaleri Seljuk berpusing dan mengepung. Maharaja Rom berjaya ditawan hidup-hidup satu penghinaan besar bagi Rom.


9. Amr bin Al-Aas

Status: The Genius Politician (Ahli Politik Perang)


Kekuatan Utama: Tipu Muslihat & Diplomasi. Beliau menang banyak perang dengan menggunakan otak, bukan otot.


Momen Paling Padu: Penaklukan Mesir (640 M).


Beliau menakluk Mesir yang kaya raya hanya dengan 4,000 tentera pada awalnya.


Di pertempuran Heliopolis, beliau memecahkan tenteranya kepada tiga kumpulan kecil dan bersembunyi. Apabila tentera Rom menyerang pasukan utama, dua pasukan lagi menyerang dari belakang dan sisi, menyebabkan tentera Rom panik kerana menyangka tentera Islam sangat ramai.


10. Sultan Sulaiman Al-Qanuni (The Magnificent)

Status: Emperor of the World (Maharaja Dunia)


Kekuatan Utama: Dominasi Total (Darat & Laut). Zaman beliau, Uthmaniyah adalah kuasa besar tunggal dunia.


Momen Paling Padu: Pertempuran Mohács (1526 M).


Dalam masa 2 jam sahaja, beliau menghapuskan keseluruhan Kerajaan Hungary.


Strateginya adalah menggunakan barisan meriam yang dirantai bersama sebagai benteng. Apabila kavaleri berat Hungary menyerang, tentera Uthmaniyah membuka laluan, membiarkan musuh masuk terus ke mulut meriam. Raja Hungary mati lemas dalam sungai ketika cuba melarikan diri.

.

Akhir kalam, 10 nama ini hanyalah sekadar perkongsian sirah, bukanlah penentu mutlak siapa lebih mulia, siapa lebih hebat. Sejarah Islam terlalu kaya dengan ribuan panglima hebat lain yang mungkin tidak tersenarai namun jasanya menggoncang dunia. Siapa pun mereka dan di mana pun kedudukan nama mereka disebut oleh manusia, yang pasti, ganjaran sebenar mereka sudah pun tersedia di syurga Allah(insyaAlla), dan itulah kemenangan yang paling hakiki bagi seorang pejuang.


-Firdaus ismail


Comments

Popular posts from this blog

Indonesia harus memimpin dunia akhiri genosida Gaza, ini rekomendasi untuk Presiden Prabowo

Hari ke-126

Ketika Derita Mengabadikan Cinta